Wednesday, December 28, 2016

Kearah 2017 yang lebih Baik dan Selesa

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh pengunjung yang disayangi.

Alhamdulillah semenjak unit baru di No.164 Lorong KTC 4/7 dilancarkan TIGA bulan lepas Qafilah Homestay masih terus menerus dihubungi dan menerima tetamu dari berbagai tempat dari serata tanahair.


( 1053 hits in 3 months. Wahh.. <3 )


Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Mior serta rakan rakan dari Ripcoil Industry yang sudi bersama kami selama 2 bulan berturut turut. Semoga Tuan sudi datang lagi di masa hadapan.

Kemudian keesokan harinya kami menerima tetamu dari Terengganu Cik Farah serta keluarga bertujuh yang di dalam rangka cuti cuti Malaysia. Walaupun hanya beberapa minit bersua namun kehadiran Cik Farah dan keluarga sangat sangat kami hargai. Segala teguran dan komen yang diberikan akan kami jadikan panduan untuk tahun 2017 yang lebih sempurna. In Syaa Allah banyak yang akan kami perbaiki. Terima kasih lagi sekali Cik Farah.

Qafilah Homestay terus menerima kunjungan berikutnya keesokan hari dari En. Sofii dan En. Kamal keluarga berlapan dari Alor Setar Kedah. Alhamdulillah.. walaupun agak mecabar juga kerja membersihkan rumah dan peralatan serta menukar cadar dan sarung bantal namun kepuasan sangat kami rasai. In Syaa Allah En Sofii akan bersama kami selama 2 atau 3 malam. Ribuan terima kaseh diucapkan kepada tuan sekeluarga.

Sebagai penutup tirai 2016.. satu lagi tetamu dari Timur tanahair En Ahmad yang akan tiba pada petang Jumaat 30hb Disember. Kami doakan semoga En Ahmad selamat di dalam perjalanan. In Syaa Allah jika ada rezeki kita akan bertemu nanti.

Oh ya.. itu semua cerita 2016.. Sekarang kita akan melangkah ke tahun baru 2017. Beberapa rancangan penambahbaikan dari beberapa sudut akan dipertingkatkan di Qafilah Homestay bagi menjamin kepuasan pelanggan yang sangat sangat kami hargai.

Untuk tujuan tersebut kami di QH sangat mengalu alukan sebarang teguran dan pandangan pelanggan pelanggan semua. Sila nyatakan terus di ruangan komen atau terus personal message ke nombor telefon kami 0194166252/0194426252 (WhatsApp/SMS) atau fb page Qafilah Homestay sebarang bentuk idea dan cadangan untuk kami perbaiki. Setinggi tinggi Terima Kasih dari kami dari QH.

In syaa Allah pada post yang akan datang kami akan sertakan senarai nama restoran dan tempat tempat penting di sekitar Kulim berserta peta untuk kemudahan rujukan pengunjung kami. Senarai ini kami akan cuba letakkan di homestay untuk kemudahan.

Sebagai mengakhiri post di akhir tahun 2016 ini kami dari Qafilah Homestay ingin menghulurkan sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dari kami. Kami juga mengambil peluang ini untuk mendoakan agar tahun 2017 lebih baik dari tahun tahun sebelumnya untuk semua secara amnya dan kepada pelanggan kami secara khususnya. Amiin.

Wassalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

(Bahrul 1:13PM, Kulim)