Sunday, December 3, 2017

Projek Jambatan Baru Sungai Ular Kulim - Notis Penutupan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Berikutan keadaan jambatan lama Sungai Ular Kulim yang uzur dan berbahaya kepada pengguna jalan raya terutama musim hujan lebat maka satu projek untuk menggantikannya dengan jambatan baru akan dilakukan segera.

Jambatan ini adalah jalan utama yang menghubungkan perjalanan darat dari Kulim ke beberapa destinasi penting ke arah Selatan iaitu Serdang, Selama, Parit Buntar dan sebagainya.

Sebagaimana dipetik dari Sinar Harian Pegawai Daerah Kulim, Mohamad Che Nai berkata, laluan itu terpaksa ditutup kerana jambatan berhampiran Taman Seri Mahkota kerana strukturnya berisiko untuk semua kenderaan.

"Kita terpaksa tutup dalam tempoh seminggu laluan itu kepada semua pengguna, kerja-kerja membina jambatan sementara akan dilakukan.


"Mengikut laporan forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) dari Kuala Lumpur yang turun ke sini pada 20 November lalu mendapati struktur jambatan atau rasuk-rasuk jambatan mulai retak ini mungkin kerana faktor usia jambatan dan persekitaran," katanya pada sidang media.

Projek pembinaan ini akan melibatkan seramai lebih kurang 60 orang pekerja yang akan menginap di 3 buah rumah Qafilah Homestay iaitu Orkid (Kulim Utama 2), Anggerik (Kulim Perdana) dan Mawar1 (Taman Senangin).


Kami warga Qafilah Ventures dengan berbesar hati dengan ini mengalu alukan kedatangan Dato dan pasukan semua ke homestay kami. Semoga penginapan Dato dan pasukan di sini akan meninggalkan memori indah selama di Kulim. Kami doakan semoga pekerjaan Dato berserta pasukan semua akan dipermudahkanNya. in syaa Allah.





(struktur jambatan yang uzur dan berisiko)














(tapak projek telahpun disiapkan untuk memulakan kerja esok 4hb.Dis)





(Mawar1 - Taman Senangin)



(Orkid - Taman Kulim Utama Fasa 2)




(Anggerik - Taman Kulim Perdana)



Good Luck All

Wassalam

Bahrul (QV)