Saturday, September 29, 2018

Qafilah Homestay (Lily)

Qafilah Homestay (Lily)

Satu satunya buat masa sekarang ini homestay kami yang berada di luar kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech. Namun rumah ini masih mempunyai daya tarikan tersendiri kerana lebih dekat dengan pusat bandar Kulim dan cuma berjarak beberapa minit sahaja dari Kulim Landmark, kawasan perniagaan Taman Selaseh serta Tesco.




Kulim Landmark

Di Kulim Landmark adalah satu kompleks membeli belah di mana terletaknya Pasaraya Giant, The Store dan berbagai lot perniagaan lain termasuklah Panggung wayang MBO, kedai buku Al-Hassani, DIY dan sebagainya. Di sini juga terdapat rangkaian restoran yang menyediakan berbagai pilihan termasuklah KFC, McD, Pizza Hut, Dominos, Texas, Nasi Ayam, Mee Tarik Warisan, Nasi Kandar Hussin dan lain lainnya yang berada di tingkat bawah bangunan. Di Tingkat 2 pula terdapat food court yang menyediakan berbagai plihan makanan barat, oriental, timur tengah dan sebagainya dengan harga yang sangat berpatutan.

Bersebelahan dan berhadapan dengan Kulim Landmark terdapat lot lot perniagaan yang lain seperti bank bank, hotel hotel, McDonalds, Kedai RM2, ECO dan sebagainya.


Taman Selaseh

Kurang dari 500meter dari homestay ini terletaknya kawasan perniagaan Taman Selaseh yang terdapat Pasaraya Minat, tapak pasar malam yang besar (Jumaat dan Selasa sahaja bermula jam 5pm sampai 10malam) dan sebagainya. Bagi yang sukakan pilihan makanan yang berbagai di sini juga terdapat berbagai restoran yang bagus bagus.


 Ruang Tamu homestay (di belakang adalah ruang makan)


 Bahagian bawah (meja makan dan ruangan menonton)


(Ruangan makan)



(Bilik tidur utama. 1 katil King, 1 katil super single)


(Bilik tidur 2)

(Bilik Tidur 3)



(Bilik Tidur 4)

Kemudahan Asas

Antara kemudahan asas yang terdapat di homestay Lily ini adalah :-
  • . Semua bilik berhawa dingin
  • . 3 bilik air
  • . TV, Sofa, Astro(atau yang setara)
  • . Dapur dan kelengkapan memasak.
  • . Mesin Basuh, Peti Sejuk, Seterika
  • . Tuala dan sabun disediakan.




Kami di Qafilah Homestay amat menitikberatkan keselesaan dan sentiasa ingin memperbaiki sebarang kekurangan yang terdapat di dalam perkhidmatan kami. Kami juga amat berbesar hati untuk menerima kedatangan pengunjung sekalian ke rangkaian homestay kami. Segala sokongan tuan tuan puan puan kepada kami amat amatlah kami hargai.


Wassalamualaikum

Zai 0194426252
Bahrul 0194166252

No comments:

Post a Comment