Wednesday, December 28, 2016

Kearah 2017 yang lebih Baik dan Selesa

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh pengunjung yang disayangi.

Alhamdulillah semenjak unit baru di No.164 Lorong KTC 4/7 dilancarkan TIGA bulan lepas Qafilah Homestay masih terus menerus dihubungi dan menerima tetamu dari berbagai tempat dari serata tanahair.


( 1053 hits in 3 months. Wahh.. <3 )


Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Mior serta rakan rakan dari Ripcoil Industry yang sudi bersama kami selama 2 bulan berturut turut. Semoga Tuan sudi datang lagi di masa hadapan.

Kemudian keesokan harinya kami menerima tetamu dari Terengganu Cik Farah serta keluarga bertujuh yang di dalam rangka cuti cuti Malaysia. Walaupun hanya beberapa minit bersua namun kehadiran Cik Farah dan keluarga sangat sangat kami hargai. Segala teguran dan komen yang diberikan akan kami jadikan panduan untuk tahun 2017 yang lebih sempurna. In Syaa Allah banyak yang akan kami perbaiki. Terima kasih lagi sekali Cik Farah.

Qafilah Homestay terus menerima kunjungan berikutnya keesokan hari dari En. Sofii dan En. Kamal keluarga berlapan dari Alor Setar Kedah. Alhamdulillah.. walaupun agak mecabar juga kerja membersihkan rumah dan peralatan serta menukar cadar dan sarung bantal namun kepuasan sangat kami rasai. In Syaa Allah En Sofii akan bersama kami selama 2 atau 3 malam. Ribuan terima kaseh diucapkan kepada tuan sekeluarga.

Sebagai penutup tirai 2016.. satu lagi tetamu dari Timur tanahair En Ahmad yang akan tiba pada petang Jumaat 30hb Disember. Kami doakan semoga En Ahmad selamat di dalam perjalanan. In Syaa Allah jika ada rezeki kita akan bertemu nanti.

Oh ya.. itu semua cerita 2016.. Sekarang kita akan melangkah ke tahun baru 2017. Beberapa rancangan penambahbaikan dari beberapa sudut akan dipertingkatkan di Qafilah Homestay bagi menjamin kepuasan pelanggan yang sangat sangat kami hargai.

Untuk tujuan tersebut kami di QH sangat mengalu alukan sebarang teguran dan pandangan pelanggan pelanggan semua. Sila nyatakan terus di ruangan komen atau terus personal message ke nombor telefon kami 0194166252/0194426252 (WhatsApp/SMS) atau fb page Qafilah Homestay sebarang bentuk idea dan cadangan untuk kami perbaiki. Setinggi tinggi Terima Kasih dari kami dari QH.

In syaa Allah pada post yang akan datang kami akan sertakan senarai nama restoran dan tempat tempat penting di sekitar Kulim berserta peta untuk kemudahan rujukan pengunjung kami. Senarai ini kami akan cuba letakkan di homestay untuk kemudahan.

Sebagai mengakhiri post di akhir tahun 2016 ini kami dari Qafilah Homestay ingin menghulurkan sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dari kami. Kami juga mengambil peluang ini untuk mendoakan agar tahun 2017 lebih baik dari tahun tahun sebelumnya untuk semua secara amnya dan kepada pelanggan kami secara khususnya. Amiin.

Wassalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

(Bahrul 1:13PM, Kulim)


Wednesday, November 2, 2016

Kemudahan Tambah Nilai (Kedai Runcit & Masjid)

Assalamualaikum..

Kita bertemu lagi.. hari ini pemilik ingin berkongsi dua lagi kemudahan yang terdapat di kediaman KTC Golf View ini.. sekaligus memberi kemudahan kepada pengunjung kami di Qafilah homestay.

(papan tanda baru)

Pertama sekali ialah tentang surau kita yang hanya terletak lebih kurang 200m dari homestay telah dinaiktaraf supaya boleh digunakan untuk solat Jumaat. Jadi.. kalau kebetulan datang sini pada hari Jumaat tak payah lah keluar jauh jauh untuk solat Jumaat ye..! Jalan kaki sahaja dalam masa seminit dah sampai...

Yang keduanya.. bermula pada hari ini kedai runcit Halal Mart juga sudah mula beroperasi.. Bermula dengan barangan asas seperti minyak masak gula beras dan sebagainya, kini penduduk KTC Golf View tidak perlu lagi untuk ke Kilang Lama atau Kulim Avenue untuk mendapatkan keperluan asas.. Jalan kaki pun boleh dari rumah masing masing.. Maka secara tidak langsung pengunjung kami di Qafilah homestay tidak perlu lagi untuk keluar jauh jauh untuk mendapatkan barangan asas dapur atau barangan peribadi seperti sabun berus gigi ubat gigi pisau cukur dan sebagainya..

(kedai runcit hanya bersebelahan dengan Surau Munawwarah)


(pengusaha Syeikh Harun)

Pemberitahuan tambahan : Qafilah Homestay sudah ditempah sepenuhnya sehingga 24hb November. Sekiranya ada tempahan selepas tarikh itu sila terus berususan dengan kami di talian 0194166252 (bahrul) atau 0194426252(zai)

Terima Kasih

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Friday, October 14, 2016

Memperkenalkan rumah baru Qafilah Homestay Kulim (QHK)

Salam sejahtera buat semua pengunjung tersayang. Mulai 1 haribulan November 2016 satu unit baru homestay QHK sedia untuk dikunjungi.

Rumah jenis berkembar 1 tingkat setengah :

Tingkat bawah : 3 bilik tidor 3 bilik air/mandi/tandas berhawa dingin, 1 ruang tamu yang luas, 1 ruang keluarga/menonton, 1 ruang makan dan di bahagian luar disediakan 1 ruang khas untuk aktiviti luar seperti BBQ atau apa apa majlis yang sesuai.

Tingkat atas : 1 bilik tidur berhawa dingin serta 1 ruang rehat/keluarga.

Rumah dilengkapi pagar 'Auto Gate' kawalan jauh, terletak di kawasan perumahan bersekuriti serta dikelilingi komuniti yang tenteram.

Terletak di kawasan perumahan Kulim Hi-Tech di bawah seliaan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) Kulim Hi-Tech Park. Kurang 2km dari Hospital Kulim, KHTP Business Center, Kawasan perniagaan Kulim Avenue. Kurang 3km dari Politeknik, UniKL dan pasar malam Kilang Lama (bermula jam 5 petang Ahad dan Khamis). Kurang 5km dari Pusat bandar Kulim.



Ruang makan dilengkapi meja makan. bersebelahan ruang dapur.




Ruang tamu yang luas dan selesa. Sesuai untuk bilangan penghuni yang besar.


Salah satu sudut pandangan di tingkat bawah.



Kemudahan asas yang disediakan :

1. Ruangan dapur yang selesa dilengkapi alatan memasak, peti ais 2 pintu.
2. Mesin basuh
3. Television (Astro)
4. Seterika

Okay :)

Sekadar itu dahulu untuk memperkenal rumah baru kami di QHK ya. Semoga kita boleh bertemu di sini. Selamat Datang diucapkan semoga kami berpeluang untuk memberi khidmat terbaik buat tetamu yang dihargai sekelian.

Terima Kasih

Wassalamu'alaikum

Bahrul...:)

Saturday, June 30, 2012

Kerja membersih Kolam Koi

Ikan ikan di kolam ni kuat makan. Selagi kita tabur makanan selagi itulah diorang makan.. jadi.. bila makan kuat.. apalagi.. be**k pun kuat lah.. menjadi jadi.. kolam cepat kotor.. penapis cepat kotor.. Lagi cepat penapis kotor lagi kerap kena cuci..

Kalau nak tau penapis dah kotor sangat tanda yang jelas ialah penapis dah tersumbat.. kalau nak kenalpasti penapis dah tersumbat, paras air di ruang pam(keluaran @ outlet) lebih rendah dari paras air di ruang tapisan(masukan @ inlet).

Lihat gambar kat bawah ni...


Petak yang disebelah kiri tu petak takungan in-let air yg disedut dari kolam. Nampak tak kotoran tebal yang melekat di filter tu. Nampak tak ?.. He he.. kalau tak nampak pun tak aper.. Ok. Petak yang disebelah kiri tu ialah petak takungan out-let, pam ada kat sini. Maknanya pam akan hanya menyedut air yang telah ditapis. Tujuannya supaya pam tak cepat rosak. Tips ni.. :)

Baikk.. Nampak tak perbezaan paras air di kedua dua petak ni. Petak pam lebih rendah kan ? Kenapa ? Jawabnya sebab, kadar kelancaran air dikeluarkan dari takungan out-let lebih tinggi daripada kadar kelancaran air yang melalui pad pad penapis. Ertinya.. dah mula tersumbat lah tu.

Sekarang mari kita tengok keadaan penapis yang baru dikeluarkan. Iyeekkkkoo... baru 4 hari aku pasang, asalnya warna biru. dah jadi gelap dan melekit lekit. macamana nak cuci nih..



Penapis ini akan dibersihkan dan dijemur terlebih dahulu sebelum boleh disimpan untuk digunakan semula. Mmm... begitula ceritanyaaa....
Ini dia gambar penapis yang telah dicuci  dan sedang dijemur.

Kalau nak tahu kenapa kolam koi selalu hendak dibersihkan, selalu kena cuci penapisnya, kena tukar air jugak sekali sekala.. Ha ha.. sebabnya jeng jeng... kita nak tengok ikan ikan tu macam kat bawah nii..




Kalau air jernai macamana selalu barulah pengunjung seronok, nanti kalau datang sekali mudah mudahan diorang akan datang lagi.. InsyaAllah..

Tuesday, June 26, 2012

Homestay Kulim Hi-tech - Pengenalan

Homestay Kulim Hi-Tech Double-storey Semi-D


Rumah Fully furnished, Double-storey, Semi-D, corner lot dengan lanskap dan kolam ikan koi, sumber ilham dan ketenangan, sesuai untuk penginapan seisi keluarga atau berkumpulan.

Terletak di kawasan Kulim Hi-tech, Taman KTC Golf view yang aman dengan kawalan keselamatan 24-jam berbayar, 200m dari Surau, 100m dari taman permainan kanak-kanak. Kurang 5 minit perjalanan ke Politeknik Kulim, UniKL, hospital dan pusat komersial pekan Kilang Lama.



Peralatan dan Kemudahan yang disediakan

Kemudahan Di Ruang Tamu:
- 2 set sofa
- TV LCD 42" (HYPTV Unifi)
- 2hp air-conditioner
- 2 kipas siling dengan remote
- High-speed WIFI internet 5MB Unifi
- Surau berkarpet dengan kipas siling


Kemudahan di Ruang Makan dan dapur:
- Meja makan untuk 6 orang
- Dapur memasak basah dan kering
- Peti sejuk 2 pintu
- Dapur berkabinet dan peralatan sedia digunakan
- 2 kipas siling
- Cerek elektrik
- Mesin Basuh


Kemudahan di bilik tidur (4 bilik):
- Air-conditioner di setiap bilik
- King set di master bedroom
- Queen set di bilik bilik lain
- 3 bilik air dilengkapi hot-shower


Kemudahan lain:
- Ruang rekreasi tertutup dengan sebuah meja ping pong
- 1 unit Trade-mill
- 1 unit massage chair
- berkipas


Kadar sewa dan syarat2:
- RM350.00 sehari. RM1,500.00 seminggu, RM4,500.00 sebulan. Sewa penginapan lebih 2 hari boleh dirunding.
- Check-in : 2.00pm
- Check-out : 12.00pm
- Muslims ONLY