Wednesday, November 1, 2017

Anggerik Layu Kembang Kembali

Assalamualaikum follower sekelian.

Alhamdulillah

Pada posting kali ini kami di Qafilah Venture ingin sekali memperkenalkan lokasi terbaru Anggerik di mana lokasi lama di KTC4 telah tamat kontrak pada awal suku kedua tahun 2017 ini. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar.

Baiklah. Terus kepada topik kita hari ini Anggerik baru di Kulim Perdana Kulim Hi-Tech sebenarnya telah mula beroperasi pada penghujung bulan Oktober beberapa hari yang lepas dan telahpun penuh ditempah sehingga ke hujung bulan November 2017.

Walau bagaimanapun untuk bulan Disember masih ada beberapa kekosongan dan tempahan bolehlah dibuat seperti biasa dengan menghubungi Puan Zai di talian 0194426252.

Sedikit sebanyak tentang lokasi baru ini.


Kulim Perdana
Sebuah taman perumahan yang cukup tersusun dan terdapat banyak kemudahan di sekitarnya seperti stesen minyak, hospital, kawasan perdagangan runcit, borong, pasar malam, restoran, pusat servis, klinik, bank dan sebagainya. Semua ini boleh sampai dalam masa kurang 5 minit berkenderaan.

Kedudukannya yang lebih tepat ialah bersebelahan dengan Kulim Height Golf and Country Club, bersetentangan dengan perumahan KTC3 & KTC4(Golf View) dan di seberang satu lagi setentang dengan perumahan Kulim Utama yang bersebelahan dengan Infineon Technology Sdn Bhd iaitu jalan yang sama untuk ke Politeknik Sultanah Bahiah dan juga UniKL.

Taman Kulim Perdana juga menyediakan khidmat kawalan keselamatan penduduk 24jam demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan penghuni seluruhnya.

(pondok pengawal di laluan masuk. di belakangnya adalah pasar mini yang menyediakan kemudahan barangan runcit harian)



Anggerik
Anggerik adalah rumah jenis teres 2 tingkat yang mempunyai 4 bilik tidur berhawa dingin, 3 bilik air, serta ruang tamu yang selesa dilengkapi LCD TV Astro. Kemudahan lain sebagaimana di homestay kami yang lain juga terdapat di sini seperti mesin basuh otomatik, peti sejuk, dapur serta peralatan, ruang makan, seterika, pouch berbumbung dan sebagainya.

Kemudahan tambahnilai yang lain seperti gula teh dan kopi turut disediakan secara percuma.

Kami di QV percaya bahawa setiap pelanggan yang pernah berkunjung ke homestay kami akan berpuashati in syaa Allah dan tidak akan teragak agak lagi untuk datang kembali di masa akan datang.

Sebagai mengakhiri post kali ini kami di QV ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih sekali lagi yang tidak terhingga kepada tetamu² yang kami hargai serta rakan² dan saudara² yang terus menyokong dan memberi dorongan positif kepada kami. In syaa Allah kami di QV akan terus berusaha untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat di dalam memberikan khidmat ini.



Wassalam

Terima Kasih

Bahrul 0194166252
Zai 0194426252

Sunday, October 15, 2017

Senarai Terbaru Homestay dari Qafilah Ventures

Alhamdulillah..Sebagai memenuhi hasrat kami di Qafilah Homestay agar sentiasa dapat memenuhi permintaan pelanggan yang kami kasihi berikut adalah senarai terkini unit² homestay kami di sekitar Kulim Hi-Tech Park.

Sokongan pelanggan-pelanggan kami serta sahabat sahabat sekelian akan sentiasa kami ingati. Love you all.

Dipersilakan Ya... :)


ANGGERIK

Berpindah ke alamat baru di : Persiaran Perdana 10, Kulim Perdana. (sebelum ini di KTC4)

SEROJA

Lorong 4/10
KTC Golf View
(tak sempat tangkap gambar detail dah ada orang sewa sampai bulan November)


CEMPAKA

Persiaran Utama 1/9,
Kulim Utama Fasa 1


KEMBOJA

Lorong KTC 3/13,
Kulim Techno-City Fasa 3

ORKID

Persiaran Utama 4/8,
Kulim Utama Fasa 2,

DAHLIA

Lorong KTC 4/7
KTC Golf View


Ingat homestay Kulim Hi-Tech ingat Qafilah :)

Zai : 0194426252

Friday, March 17, 2017

Keselesaan Tetamu Keutamaan Kami

Assalamualaikum.

Penaikan taraf keselesaan penginapan di Qafilah Homestay.

Alhamdulillah QH melangkah setapak lagi ke hadapan dengan menambah kelengkapan alat penghawa dingin di semua bilik bilik dan ruang tamu.

Dengan ini kami sebagai tuan rumah tidak lagi merasa risau sekiranya tetamu datang bertandang di musim panas kerana penghawa dingin telahpun siap dipasang.

 

(2 unit 1.0hp & 1 unit 1.5hp untuk Anggerik)



(proses pemasangan di bilik belakang sedang giat dilakukan)





Proses pemasangan semua peralatan hawa dingin berjaya disempurnakan oleh syarikat : NORTHCOOL Enterprise dari Junjung Kulim. Khidmat yang sangat cekap. Berminat boleh hubungi En. Lutfi Hisyam Bin Abd Halim (Director) di talian 012-4193012.



ANGGERIK

Di saat Tetamu kami di Dahlia sedang enak berehat, Anggerik pula sudah siap sedia untuk menerima tetamunya pada hari ini. Sabtu 18hb Mac.



(Sebahagian kelengkapan asas untuk keselesaan tetamu kami yang disayangi)



Sekian untuk makluman pada hari ini.

dari Qafilah Ventures
No 190, 164, 167 Lorong KTC 4/7, KTC Golf View

CIMB : Qafilah Ventures, 8602897753

Puan Zai : 0194426252
Encik Bahrul : 0194166252


Saturday, March 4, 2017

Memperkenalkan Anggerik Dan Dahlia

Assalamualaikum,

Salam buat semua tetamu kami di Qafilah Homestay (QH).

Pertama sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kaseh kepada tetamu tetamu yang telah sudi datang, yang sudah membuat tempahan tetapi belum sampai tarikh lagi dan juga kepada tetamu yang masih belum membuat tempahan.

Tidak lupa juga kepada rakan rakan serta sahabat yang telah memberi sokongan kepada QH untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik di dalam menguruskan QH.

Update terkini adalah secara resminya Dahlia akan menerima tetamu pertama mulai esok Isnin 6hb Mac 2017. Dengan ini menjadikan QH telah menguruskan 2 unit homestay iaitu Anggerik dan Dahlia.

Di bawah adalah beberapa maklumat tentang keduanya bagi kemudahan tetamu tetamu sekelian sebagai rujukan terkini. In syaa Allah sebarang penambahbaikan akan selalu dilakukan demi memberikan pengalaman penginapan yang selesa kepada semua tetamu kami di QH.

ANGGERIK
No 164, Lorong KTC 4/7
Semi-D Satu Tingkat Setengah

Dalam Rumah
4 bilik tidur, 3 bilik air, 1 ruang dapur, 1 ruang makan, 1 hall, 1 ruang menonton.
Kelengkapan:
Petisejuk 2 pintu, mesin basuh, cerek letrik dan lain lain peralatan dapur, setereka, Yes4G Wifi serta Astro.
Lain-Lain:
Auto Gate, Kelengkapan BBQ.



DAHLIA
No 167, Lorong KTC 4/7
Semi-D Satu Tingkat Setengah

Dalam Rumah
3 bilik tidur, 3 bilik air, 1 ruang dapur, 1 ruang makan, 1 hall/ruang menonton.
Kelengkapan:
Petisejuk 2 pintu, mesin basuh, cerek letrik dan lain lain peralatan dapur, setereka, Yes4G Wifi serta NJOi TV.
Lain-lain:
Hot shower, extra arial TV main bedroom.


Gambar-gambar DAHLIA












Sekian Terima Kasih Nukilan dari QH

0194166252 Bahrul
0194426252 Zai

Wassalamualaikum.

Wednesday, December 28, 2016

Kearah 2017 yang lebih Baik dan Selesa

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh pengunjung yang disayangi.

Alhamdulillah semenjak unit baru di No.164 Lorong KTC 4/7 dilancarkan TIGA bulan lepas Qafilah Homestay masih terus menerus dihubungi dan menerima tetamu dari berbagai tempat dari serata tanahair.


( 1053 hits in 3 months. Wahh.. <3 )


Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Mior serta rakan rakan dari Ripcoil Industry yang sudi bersama kami selama 2 bulan berturut turut. Semoga Tuan sudi datang lagi di masa hadapan.

Kemudian keesokan harinya kami menerima tetamu dari Terengganu Cik Farah serta keluarga bertujuh yang di dalam rangka cuti cuti Malaysia. Walaupun hanya beberapa minit bersua namun kehadiran Cik Farah dan keluarga sangat sangat kami hargai. Segala teguran dan komen yang diberikan akan kami jadikan panduan untuk tahun 2017 yang lebih sempurna. In Syaa Allah banyak yang akan kami perbaiki. Terima kasih lagi sekali Cik Farah.

Qafilah Homestay terus menerima kunjungan berikutnya keesokan hari dari En. Sofii dan En. Kamal keluarga berlapan dari Alor Setar Kedah. Alhamdulillah.. walaupun agak mecabar juga kerja membersihkan rumah dan peralatan serta menukar cadar dan sarung bantal namun kepuasan sangat kami rasai. In Syaa Allah En Sofii akan bersama kami selama 2 atau 3 malam. Ribuan terima kaseh diucapkan kepada tuan sekeluarga.

Sebagai penutup tirai 2016.. satu lagi tetamu dari Timur tanahair En Ahmad yang akan tiba pada petang Jumaat 30hb Disember. Kami doakan semoga En Ahmad selamat di dalam perjalanan. In Syaa Allah jika ada rezeki kita akan bertemu nanti.

Oh ya.. itu semua cerita 2016.. Sekarang kita akan melangkah ke tahun baru 2017. Beberapa rancangan penambahbaikan dari beberapa sudut akan dipertingkatkan di Qafilah Homestay bagi menjamin kepuasan pelanggan yang sangat sangat kami hargai.

Untuk tujuan tersebut kami di QH sangat mengalu alukan sebarang teguran dan pandangan pelanggan pelanggan semua. Sila nyatakan terus di ruangan komen atau terus personal message ke nombor telefon kami 0194166252/0194426252 (WhatsApp/SMS) atau fb page Qafilah Homestay sebarang bentuk idea dan cadangan untuk kami perbaiki. Setinggi tinggi Terima Kasih dari kami dari QH.

In syaa Allah pada post yang akan datang kami akan sertakan senarai nama restoran dan tempat tempat penting di sekitar Kulim berserta peta untuk kemudahan rujukan pengunjung kami. Senarai ini kami akan cuba letakkan di homestay untuk kemudahan.

Sebagai mengakhiri post di akhir tahun 2016 ini kami dari Qafilah Homestay ingin menghulurkan sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dari kami. Kami juga mengambil peluang ini untuk mendoakan agar tahun 2017 lebih baik dari tahun tahun sebelumnya untuk semua secara amnya dan kepada pelanggan kami secara khususnya. Amiin.

Wassalaamu'alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

(Bahrul 1:13PM, Kulim)


Wednesday, November 2, 2016

Kemudahan Tambah Nilai (Kedai Runcit & Masjid)

Assalamualaikum..

Kita bertemu lagi.. hari ini pemilik ingin berkongsi dua lagi kemudahan yang terdapat di kediaman KTC Golf View ini.. sekaligus memberi kemudahan kepada pengunjung kami di Qafilah homestay.

(papan tanda baru)

Pertama sekali ialah tentang surau kita yang hanya terletak lebih kurang 200m dari homestay telah dinaiktaraf supaya boleh digunakan untuk solat Jumaat. Jadi.. kalau kebetulan datang sini pada hari Jumaat tak payah lah keluar jauh jauh untuk solat Jumaat ye..! Jalan kaki sahaja dalam masa seminit dah sampai...

Yang keduanya.. bermula pada hari ini kedai runcit Halal Mart juga sudah mula beroperasi.. Bermula dengan barangan asas seperti minyak masak gula beras dan sebagainya, kini penduduk KTC Golf View tidak perlu lagi untuk ke Kilang Lama atau Kulim Avenue untuk mendapatkan keperluan asas.. Jalan kaki pun boleh dari rumah masing masing.. Maka secara tidak langsung pengunjung kami di Qafilah homestay tidak perlu lagi untuk keluar jauh jauh untuk mendapatkan barangan asas dapur atau barangan peribadi seperti sabun berus gigi ubat gigi pisau cukur dan sebagainya..

(kedai runcit hanya bersebelahan dengan Surau Munawwarah)


(pengusaha Syeikh Harun)

Pemberitahuan tambahan : Qafilah Homestay sudah ditempah sepenuhnya sehingga 24hb November. Sekiranya ada tempahan selepas tarikh itu sila terus berususan dengan kami di talian 0194166252 (bahrul) atau 0194426252(zai)

Terima Kasih

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Friday, October 14, 2016

Memperkenalkan rumah baru Qafilah Homestay Kulim (QHK)

Salam sejahtera buat semua pengunjung tersayang. Mulai 1 haribulan November 2016 satu unit baru homestay QHK sedia untuk dikunjungi.

Rumah jenis berkembar 1 tingkat setengah :

Tingkat bawah : 3 bilik tidor 3 bilik air/mandi/tandas berhawa dingin, 1 ruang tamu yang luas, 1 ruang keluarga/menonton, 1 ruang makan dan di bahagian luar disediakan 1 ruang khas untuk aktiviti luar seperti BBQ atau apa apa majlis yang sesuai.

Tingkat atas : 1 bilik tidur berhawa dingin serta 1 ruang rehat/keluarga.

Rumah dilengkapi pagar 'Auto Gate' kawalan jauh, terletak di kawasan perumahan bersekuriti serta dikelilingi komuniti yang tenteram.

Terletak di kawasan perumahan Kulim Hi-Tech di bawah seliaan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) Kulim Hi-Tech Park. Kurang 2km dari Hospital Kulim, KHTP Business Center, Kawasan perniagaan Kulim Avenue. Kurang 3km dari Politeknik, UniKL dan pasar malam Kilang Lama (bermula jam 5 petang Ahad dan Khamis). Kurang 5km dari Pusat bandar Kulim.



Ruang makan dilengkapi meja makan. bersebelahan ruang dapur.




Ruang tamu yang luas dan selesa. Sesuai untuk bilangan penghuni yang besar.


Salah satu sudut pandangan di tingkat bawah.



Kemudahan asas yang disediakan :

1. Ruangan dapur yang selesa dilengkapi alatan memasak, peti ais 2 pintu.
2. Mesin basuh
3. Television (Astro)
4. Seterika

Okay :)

Sekadar itu dahulu untuk memperkenal rumah baru kami di QHK ya. Semoga kita boleh bertemu di sini. Selamat Datang diucapkan semoga kami berpeluang untuk memberi khidmat terbaik buat tetamu yang dihargai sekelian.

Terima Kasih

Wassalamu'alaikum

Bahrul...:)