Salam sejahtera sahabat sahabat dan pelanggan pelanggan Qafilah Homestay yang kami sayangi sekelian.
Alhamdulillah Qafilah Ventures diberi peluang lagi untuk terus melebarkan sayapnya di dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada sesiapa sahaja yang memerlukan penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan di sekitar Kulim Hi-Tech Park.
Terkini QV telah mendapat rakan kongsi terbaru untuk memasukkan dua unit lagi homestay ke dalam senarai Qafilah Homestay yang akan diberi nama MAWAR1 & MAWAR 2. Kedua dua unit ini beralamat di Taman Senangin Kulim, juga bersebelahan dengan KTC2 dan Taman Haruan. Kedua dua unit ini sudah pun sedia untuk ditempah dan telahpun menerima tempahan pertamanya pada hari ini. Syukur Alhamdulillah.
Terima kasih diucapkan kepada pemilik kedua dua unit rumah ini kerana telah memberikan kami kepercayaan untuk menguruskan homestay ini.
TAMAN SENANGIN, Kilang Lama, Kulim
(Peta Kedudukan Tmn Senangin)
TAMAN SENANGIN, MAWAR1 & MAWAR2
Taman Senangin adalah satu kawasan perumahan yang harmoni dengan persatuan penduduk yang boleh dikatakan aktif di dalam sebarang bentuk kerjasama. Tambahan pula dengan siapnya surau At-Taqwa beberapa tahun yang lepas banyak program kemasyarakatan dan keagamaan yang dijalankan di kawasan ini yang menjadi pemangkin kepada keharmonian penduduk setempat dan juga kepada tetamu tetamu.
(SURAU ATTAQWA Tmn Senangin)
(Beberapa gambar dari laman rasmi facebook Surau AtTaqwa)
(Boleh rujuk fb page Surau Attaqwa untuk banyak lagi perkongsian)
Dari segi kedudukan geografinya, Taman Senangin mudah dikunjungi dari sebarang arah samada dari kawasan Hi-Tech, dari Pekan Kulim dan juga dari Pusat Perniagaan Putra Kilang Lama. Pendek kata hospital, bank, pasaraya, pasarmini, pasar malam, restoran, warung, kilang hitech, Politeknik, UniKL dan sebagainya sangat mudah dihubungi dengan jaringan jaringan jalanraya disekitarnya.
Kedua-dua homestay Mawar 1 dan Mawar 2 berada di Lorong 2/3 dan kedudukannya bersebelahan. Sekiranya ada keluarga yang ingin menyewa dua homestay serentak Mawar 1&2 adalah pilihan yang selesa.
(Pandangan Bahagian Dalam Mawar 1)
(Pandangan Bahagian Dalam Mawar 2)
Sekian untuk kali ini.
Terima Kasih
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh.
Bahrul (CoFounder)
No comments:
Post a Comment