Friday, November 24, 2017

Teratai Bunga Indah di Nilam Baiduri

Assalamualaikum,

Salam Sejahtera sekali lagi kepada semua follower, tetamu serta kawan sahabat yang sentiasa memberi sokongan kepada Qafilah Homestay.

Alhamdulillah, pada hari ini 24hb November 2017, dengan rasminya lahirlah satu lagi unit yang diberi nama Teratai  di dalam senarai unit unit homestay Qafilah Ventures. Dan pada hari yang sama juga Teratai telah menerima tetamu sulungnya satu rombongan dari Pahang untuk majlis walimatul urus. Tahniah dan terima kasih kepada Encik Zul dan keluarga semua. Semoga semua urusan dipermudahkan dan anda berpuashati dengan khidmat kami yang disediakan.


TAMAN NILAM BAIDURI
Letaknya Taman Nilam Baiduri Kulim adalah tidak jauh dari kawasan industri Kulim Hi-Tech yang berhampiran dengan kilang First Solar Malaysia Sdn. Bhd. di satu bahagian dan berdekatan dengan kawasan perusahaan lama dari bahagian yang lain.

Berjarak lebih kurang 1.0km sahaja dengan BKE (Butterworth Kulim Expressway) yang dihubungi oleh Jalan Perusahaan yang lebih popular dengan nama jalan simen kerana diperbuat daripada simen. :)



    
(pintu masuk Tmn Nilam Baiduri dari Google)


(Peta kedudukan berserta GPS)


TERATAI
Teratai adalah rumah teres jenis Semi-D yang mempunyai 4 bilik tidur di mana 2 daripadanya berhawadingin. Terdapat 3 bilik air serta mempunyai ruang tamu yang luas dilengkapi set sofa serta set television dengan siaran Njoi. 

Dapur yang kemas dan selesa dilengkapi alatan asas biasa seperti mesin basuh, peti sejuk dan lain lainnya. Sangat sesuai dan mesra bagi tujuan rehat dan aktiviti keluarga.


(gambar-gambar pandangan luar dan dalam Teratai)

Kami di Qafilah Homestay sangat sangat berharap agar usaha kami yang sedikit ini dapat memenuhi keperluan dan citarasa tetamu tetamu yang datang berkunjung ke Kulim Hi-Tech dan menginginkan ruangan yang selesa dan aman untuk sebarang aktiviti atau tujuan dengan harga yang berpatutan. In syaa Allah.


Wassalam


Bahrul

Untuk tempahan :
0194426252 - Puan Zai
0194166252 - En. Bahrul


No comments:

Post a Comment